Bil. Mesyuarat: 2/2006
Tarikh: 14 April 2006
Panel Penasihat Sukan (PPS) melalui Mesyuarat Panel Penasihat Sukan Bil. 2/2006 telah mengemukakan pandangan dan cadangannya berkaitan dengan “Tanggungjawab Membangunkan Sukan Di Peringkat Akar Umbi” . Sehubungan itu, YB. Menteri telah bersetuju untuk memanjangkan perkara ini untuk dilaksanakan oleh Perbadanan Stadium Merdeka (PSM). Antara cadangan dan pandangannya adalah: |
| |
|
• |
Mengadakan Program Karnival Sukan di perkarangan Stadium Bukit Jalil setiap bulan dalam usaha untuk memeriahkan Kompleks Sukan Bukit Jalil sebagai Bandar Sukan;
|
• |
Menyediakan pertandingan-pertandingan sukan, kursus-kursus atau bengkel bagi sukan spesifik sebagai pengenalan kepada orang ramai yang berminat untuk mengikutinya; |
• |
Mengadakan gerai-gerai yang menawarkan perkhidmatan membaik pulih peralatan sukan dan menjual alat gantian; |
• |
Mempromosi secara besar-besaran dan menyeluruh supaya masyarakat di Lembah Klang maklum akan aktiviti-aktiviti yang disediakan di Bukit Jalil; |
• |
Menganjurkan karnival ini dengan kerjasama Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan bagi mendapatkan tenaga pakar di dalam sesuatu sukan tersebut. Ia juga bertujuan untuk mengaktifkan persatuan-persatuan sukan yang sedia ada; dan |
• |
Program sama boleh dipanjangkan ke stadium-stadium besar lain di seluruh negara. |
| |
|
|
Bil. Mesyuarat: 1/2006
Tarikh: 22 Februari 2006
PERANAN NSA's DALAM MENANGANI DADAH.
Panel Penasihat Sukan (PPS) mencadangkan supaya Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA's) dipertanggungjawab sekiranya terdapat kes di mana atletnya didapati terlibat dengan dadah dan mencadangkan supaya tindakan boleh diambil ke atas persatuan sukan itu.
Walau bagaimanapun, terdapat dua (2) perkara yang perlu diperhalusi sebelum satu-satu tindakan itu boleh diambil. Perkara-perkara ini adalah: |
| |
|
1 |
Kaedah di mana pengambilan dadah boleh berlaku di kalangan atlet; dan
|
2 |
Prinsip “strict liability”. |
| |
|
Terdapat tiga (3) kaedah di mana pengambilan dadah boleh berlaku di kalangan atlet iaitu: |
| |
|
i) |
Penipuan yang sebenar iaitu atlet itu dengan sengaja mengambil barang terlarang itu untuk meningkatkan prestasi mereka; |
ii) |
Barang terlarang itu diambil bertujuan untuk menguruskan badan bagi acara yang melibatkan kategori berat badan sedangkan ia tidak membantu di dalam peningkatan atlet tersebut; |
iii) |
Atlet tidak mengetahui barang yang diambil itu merupakan barang yang terlarang. |
| |
|
Oleh itu, pihak berkuasa perlu memastikan keadaan-keadaan dalam mana penyalahgunaan ini berlaku supaya tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
Sementara itu, di bawah prinsip ‘strict liability', pihak berkuasa perlu menentukan perkara-perkara seperti berikut: |
| |
|
• |
Bahawa NSA's telah mengambil segala tindakan untuk memaklumkan bahaya dadah kepada semua atletnya dan tindakan-tindakan yang boleh menghalang penggunaan dadah; |
• |
Kepastian hendaklah dibuat bahawa dadah itu ‘performance enhancing' dengan tujuan menipu dan bukan dadah-dadah yang lain;dan |
• |
Tanggungjawab akan terletak ke atas NSA's sekiranya perkara-perkara di atas tidak dilakukan. |
| |
|
PPS mencadangkan supaya Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan untuk menarik semua bantuan daripada NSA's sekiranya atlet itu didapati bersalah terlibat dengan penyalahgunaan dadah. |
| |
|