Pejabat Pesuruhjaya Sukan telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 Januari 1998. Tujuan Pejabat Pesuruhjaya Sukan diwujudkan adalah untuk:-
• Mentadbir dan menguatkuasa Akta Pembangunan Sukan 1997.
• Melaksanakan dasar-dasar Kerajaan berkaitan dengan pengurusan badan sukan.
• Mengawal selia dan membimbing badan sukan melalui:
• Memberi kesedaran tentang tanggungjawab dan peranan mereka di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.
• Memastikan badan sukan mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997 dan perlembagaan mereka.
•Mengeluarkan peraturan dan garis panduan bagi pembangunan sukan negara.
• Menyelesaikan pertikaian yang berlaku dalam badan sukan.
• Mentadbir urus badan sukan yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Dengan penguatkuasaan Akta ini, Pejabat Pesuruhjaya Sukan kini mengambil alih urusan pendaftaran badan sukan daripada Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).