Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang III Penggal XXVI bagi Tahun 2008
Tarikh: 2008-05-24
Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang III Penggal XXVI bagi Tahun 2008 telah diadakan pada 24 Mei 2008 bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Ismail Sabri Bin Yaakob, Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Persidangan ini dimulakan dangan Majlis Penyerahan Sijil Kelulusan Pendaftaran Majlis Belia Malaysia dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia. Seterunya majlis ini diteruskan dengan Sesi pembentangan Laporan Persidangan MPBN Sidan II Penggal XXVI tahun 2007 Oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Kertas Kerja yang bertajuk Pengamalan Intergriti Di Kalangan Belia juga telah dibentangkan dalam persidangan ini oleh Y.Bhg. Dato' Mohd Tap Bin Salleh, Presiden Institut Integriti Malaysia.
Acara kemuncak pada persidangan ini adalah Perasmian Logo Rasmi Majlis Perundingan Belia Malaysia yang telah disempurnakan oleh Y.B. Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Persidangan Pertama Majlis Perundingan Belia Daerah Kinta, Perak
Tarikh: 2008-05-10
Satu Persidangan Majlis Perundingan Belia Daerah Kinta, Perak Penggal Pertama telah diadakan pada 10 Mei 2008 (Sabtu) Jam 2.00 petang bertempat di Hotel Hill City ,Ipoh Perak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Razali Bin Othman, Pegawai Daerah Kinta merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Daerah Kinta