Permohonan
 
   
TAWARAN BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
 
   
Atlet Malaysia dalam bidang pengajian berikut di Universiti/ Institusi pengajian Tinggi Tempatan yang diiktiraf Kerajaan adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Sukan Persekutuan Kementerian Belia dan Sukan.
 
   
 
 
SAINS SUKAN * KESIHATAN DAN KECERGASAN * PENGURUSAN KESENGGANGAN * PENGAJIAN SUKAN *
 
 
FISIOTERAPI *PENGURUSAN SUKAN DAN REKREASI * PEMAKANAN * PENDIDIKAN JASMANI * PERUBATAN *
 
 
PERGIGIAN * FARMASI * PEMULIHAN ANGGOTA *
 
 
LAIN LAIN BIDANG BERKAITAN YANG DIPERSETUJUI OLEH KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
 
   
 
       
    SYARAT KELAYAKAN [atas]
Permohonan hanya terbuka kepada atlet yang memenuhi syarat :
1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi umur yang ditetapkan pada tarikh tutup permohonan :
  i. 25 tahun bagi pengajian peringkat Diploma secara sepenuh masa; atau
   
  ii. 30 tahun bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Pertama secara sepenuh masa.
   
2.
Atlet yang masih aktif dalam sukan dengan sekurang-kurang memenangi pingat dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Universiti ASEAN (SUA) atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) atau Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf sebelum tarikh tutup permohonan. Penyertaan dua (2) tahun kebelakang sahaja diambil kira. Pegawai dan jurulatih sukan tidak layak memohon.
 
3.
Kategori permohonan :
 

i) Pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di IPT Tempatan hendaklah mencapai minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) seperti berikut pada semester terkini (semasa permohonan dibuat) dengan baki tempoh pengajian dua (2) semester atau lebih:

 

a. Minimum PNGK 2.00 bagi atlet yang mewakili negara ;dan

  b. Minimum PNGK 2.50 bagi atlet yang mewakili institusi/negeri.
   
 
ii) Pelajar baru hendaklah telah mendapat surat tawaran pengajian sepenuh masa di peringkat Diploma / Ijazah Sarjana Muda Pertama dari mana-mana IPT Tempatan secara sepenuh masa.
 
4.
Tidak menerima sebarang tajaan / biasiswa daripada mana-mana institusi / agensi kerajaan / swasta yang lain.
 
5.
Sihat dari segi mental dan fizikal.
 
6.
Pemohon yang menerima hadiah biasiswa ini hendaklah terus giat di dalam latihan dan pertandingan-pertandingan sukan pilihannya semasa tempoh pengajiannya dan juga dikehendaki mewakili negara di dalam pertandingan-pertandingan di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sekiranya diperlukan.
 
7.
Pemohon yang dipilih hendaklah berkelakuan baik (good-character) dan mempunyai minat serta semangat yang tinggi.
   
    ELAUN DAN KEMUDAHAN [atas]
   
1. Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh KBS.
 
2. Elaun Sara Hidup:
-Ijazah – RM8400 setahun
-Diploma – RM7560 setahun
   
3. Elaun Buku:
-Ijazah – RM600 setahun
-Diploma – RM400 setahun
   
4. Elaun Alat Perkakas, Elaun Kertas Projek, Elaun Latihan Amali, Elaun Tesis.
   
5. Kemudahan Tambang Kapal Terbang:
  - Pelajar semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah, Sarawak dan sebaliknya; atau
  - Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di Sabah dan disebaliknya; atau
  - Pelajar Labuan yang melanjutkan pengajian di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.
   
    TEMPOH PENAJAAN [atas]
   
 
PERINGKAT PENGAJIAN
TEMPOH MAKSIMUM PENAJAAN
Diploma
3 tahun
Ijazah
4 tahun
   
    KAEDAH PERMOHONAN [atas]
   
1.
Tawaran ini hanya dibuka sekali setahun. Hebahan tawaran diumumkan melalui Laman Web Rasmi Kementerian Belia dan Sukan dan akhbar tempatan yang terpilih. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian (online) sahaja.
 
 
2.
Pemohon yang layak dipanggil temuduga sahaja perlu membawa bersama dua (2) salinan cetakan permohonan yang telah disahkan oleh PEGAWAI SUKAN DARI PUSAT SUKAN IPT masing-masing dan dokumen sokongan yang berkaitan semasa menghadiri temuduga.
 
4.
Permohonan yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan permohonannya.
 
    PERTANYAAN [atas]
  Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :
 

URUS SETIA BIASISWA SUKAN PERSEKUTUAN
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
ARAS 5, MENARA KBS
NO.27, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62570 PUTRAJAYA

TEL : +603-88713000 Samb. 3551 / 3558 / 3557 / 3537

FAKS : +603-8888 8772