TATACARA DAN PANDUAN PERMOHONAN ONLINE
Arahan Semua pemohon diminta membaca dengan teliti dan memahami serta mematuhi tatacara/panduan permohonan yang telah ditetapkan
1. Pertubuhan atau persatuan yang memenuhi syarat-syarat boleh membuat permohonan secara online melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet.
   
2. Permohonan boleh dibuat melalui laman web Kementerian Belia dan Sukan di alamat URL seperti berikut: http://interaktif.kbs.gov.my/Sistemebantuan
   
3. Pengguna-pengguna adalah diingat agar membaca peraturan dengan teliit dan memasukkan kod-kod dan butiran-butiran yang betul. Kesilapan mengisi borang akan mengakibatkan proses permohonan lambat, ditolak atau tidak diproses.
   
4. Setelah mengisi permohonan secara online, pengguna dimestikan mengemuka dokumen-dokumen sokongan kepada Bahagian seperti berikut:
i) Sijil Pendaftaran Persatuan.
ii) Perlembagaan Persatuan/Pertubuhan
iii) 2 salinan Kertas Kerja Program
iv) Laporan Program Daripada Bantuan Sebelum.
v) Salinan Akaun Bank Yang Telah Disahkan.
iiv) Surat Sokongan Daripada Menteri, Timbalan Menteri , Setiausaha Parlimen
(Jika Ada) atau HRP(SRMIPT)
   
Sila hantar dokumen yang telah lengkap mengikut alamat yang betul (sila semak alamat).
   
5. Permohonan yang tidak mematuhi syarat/dokumen sokongan yang tidak lengkap/ tidak sampai akan ditolak.